Luigi Di Maio
Luigi Di Maio

Luigi Di Maio

Luigi Di Maio (sebutan bahasa Itali: [luˈiːdʒi di ˈmaːjo]; lahir 6 Julai 1986) ialah seorang ahli politik Itali yang berkhidmat sebagai Menteri Ehwal Luar Negara republik tersebut sejak 5 September 2019. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Dasar Pembangunan Ekonomi, Buruh dan Masyarakat dari 2018 hingga 2019; beliau juga merupakan bekas Presiden Dewan Perwakilan Itali pada tempoh ini.Beliau merupakan ketua parti Gerakan Lima Bintang sehingga Januari 2020.[2]